Saturday 14 June 2014

Someone

Assalamualaikum
Dikala diriku bosan terasa hendak mengarang . Namun tidak terlintas hendak mengarang esei , hanya ingin berkongsi pandangan.

Someone . Biasalah walaupun kita mempunyai keluarga yang tersayang di sisi namun perasaan ingin mempunyai 'someone' tetap ada . Someone termasuklah kekasih mahupun sahabat . Di mana someone tu seseorang yang kita percaya , yang sentiasa ada di sisi kita malah yang sentiasa dengar luahan hati kita .

Tidak usah menafikannya . Setiap orang akan terasa akan kehadiran perasaan yang halus ini . Tidak semua yang mampu menghalangnya . Ya , sejak kita akil baligh perasaan ini hadir secara tidak langsung . Disebabkan itulah wujudnya perkataan 'couple' maka terhasillah zina .

Wahai umat Nabi Muhammad Saw , kita semua berkongsi kasih sayang 'someone' yang sama . Hebat bukan ? Walaupun kaum Hawa  sukar hendak berkongsi kasih namun Dia adalah yang teristimewa . Dialah Tuhan kita . Allah Swt . Kita bisa menceritakan masalah kepadaNya , sentiasa ada disisi kita kala susah dan senang , malah bisa membantu kita ketika susah . Allahuakbar !

Man ana ?
Ana seorang musafir yang hanya singgah di tempat kalian untuk menjalankan tugas .

Thursday 5 June 2014

Penghijrahan Fasa Kedua

Assalamualaikum

Ya , kini penghijrahan aku telah pun masuk fasa kedua . Di mana ini adalah tahun terakhir aku bersekolah . Tahun ini aku akan menghadapi imtihan yang besar . Semoga aku mendapat jayyid. Amin

Fasa pertama berkenalan dengan rakan - rakan baru . Berada di kelas pertama . Tinggal di asrama . Alami kejutan budaya .

Fasa kedua berada di kelas kedua . Hadapi imtihan . Berubah personaliti . Bangkit .

Ditimpa pelbagai fitnah . Dituduh sebagai pencuri hanya kerana dalam loker mempunyai banyak duit . Dilabelkan sebagai baruah . Dijadikan kuli . Dibukakan aib . Ya Allah .

Mesti ramai yang impikan tahun terakhir merupakan kenangan yang paling indah . Itu semua bagaikan mimpi bagi aku . Mustahil . Dipandang hina . Tak mengapa . Kini aku hanya sujud kepadaNya meminta ditabahkan hati . Aku hanya bermastautin di tempat kamu hanya untuk menuntut ilmu dunia dan akhirat . Doakan aku

Man ana ?
Ana seorang musafir yang hanya singgah di tempat kalian untuk menjalankan tugas.


Monday 11 February 2013

Sahabat, Friends, Tomodachi, Chingu, Kaibigan

Assalamualaikum !

Lama tak update blog nih =.= baru aku dapat biasakan diri duduk hostel. dah masuk sebulan aku duduk hostel. Boleh la. biasa-biasa je. masuk sekolah sana ramai pelajar yang pindah keluar. tengok diaorang semua nangis-nangis. adat diaorg yang nak pindah tu, mesti tukar-tukar barang, 1 malam sebelum pindah, diaorg mesti tidur sama-sama. sweetkan ? kan bagus kalau smkam ada hostel =.=

Sahabat, friends, tomodachi, chingu, kaibigan. Dalam bahasa apa-apa pun, makna dia still sama. KAWAN aka SAHABAT. Semua orang mesti ada kan ? Yang jahat baik tu lain cerita. Hargailah diaorang. Sebab takkan ada seorang pun yang mampu menggantikan mereka. Takkan ada seorang pun yang mampu membuatkan korang ketawa seriuh korang ketawa dengan mereka. Takkan ada seorang pun yang mampu memadamkan mereka dalam memori korang. Taknak percaya sudah

Kepada sahabatku aka friends aka tomodachi aka chingu aka kaibigan:

"Janganlah lupakan kitaorang. Saat-saat kita happy, sedih, frust, pening time math, ngantuk time agama dan saat-saat kita bercuti. Aku still maafkan korang kalau dah lupakan nama kitaorang semua, tapi aku takkan maafkan kalau korang lupakan muka kitaorang. Always contact us friends. Miss you guys :') "

Sunday 27 January 2013

Ooh macam ni rasanya...

Assalamualaikum...

Kejap lagi nak balik hostel. Berat je hati ni nak tinggalkan rumah. Ok sekarang aku dah faham perasaan budak-budak yang taknak duduk hostel tu. Terasa wey bila kena pinggirkan. Nak je beritahu parents aku, tapi kesian dekat diaorang. Dah bayar mahal-mahal keluar asrama. haih takpelah. 1 tahun lebih aje lagi. 

Saturday 3 September 2011

Selamat Menyambut Eidilfitri !!!


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EIDLFITRI !

#DUIT RAYA DAH BERAPA DAH MASUK RAYA KE - 5 NI?

#KUIH RAYA KALAU TIADA TEMPAT NAK LETAK TU PAS PAS KE SINI YE !
#KALAU MAKAN KETUMPAT JANGAN LUPA DISINI TAU !

#EHEM ! LUPA PULA NAK TANYA, BAJU RAYA WARNA APA EK?

#KALAU DUIT RAYA BANYAK SHARE LA DEKAT SINI 50-50 OKEY?

*LASTLY KALAU ADA SALAH SILAP TU AMPUN DIPINTA DARI SINI.  TETAPI KALAU MEMANG TAK PUAS HATI, HEHE GELANGGANG DISEKOLAH ADA. BAWA GENG TAU ! 
JANGAN DISIMPAN DIDALAM HATI, TIDAK ELOK. NANTI SAKIT HATI TU !

sorry la guys, aku post lambat. 
Baru balik  dari kampung. 
Penat tidak hilang lagi ni.
Nak nak lagi aku dapat demam.
Dugaan, sabar ajalah.

Sunday 15 May 2011

Ya Allah !

A'salam..
hari ini adalah hari yang aku tidak akan lupakan !
Ya Allah Ya Tuhanku...
begitu kuatnya dugaan yang kau berikan kepadaku..
hampir - hampir sahaja aku hendak mengalah..
tabahkan la hatiku ya Allah...
AMIN !!!!!

Monday 11 April 2011

Peperiksaan Aku

A'salam..
hai korang..
perasan tak..
peperiksaan kali ini..
banyak yang menurun..
yang aku target..
hapah  x dapat..
pergh!!
dia punya kecewanya..
sampai mengangis aku bila dapat kertas..
dak Syirah pun nampak aku nangis..
*cam budak kecik ! -.-'
haih...melepas kali ini..
adusss...peperiksaan pertengahan tahun lagi laaa
Ya Allah !
.dah peperiksaan kali ini aku bangun setiap pagi pukul 4
nk puasa dengan nak ulangkaji..
tak puas katakan..
dapat kertas..
hah! 
amik ko...
tenung puas-puas kertas tu..
haih...cikgu Math kata..
jangan putus asa..
jadikan sebagai pengajaran atau peringatan..
punya la sakit dada aku..
yela...tahan daripada nangis..
aku kalau nangis..
sampai tak ingat dunia..
ish ish ish..
dasyat betul !!
tak pe laa..
peperiksaan pertengahan tahun..
aku akan buat yang betul-betul !!
ya !..aku janji !!
aku nak kekal dalam kelas tu...
bes sesangat belaja kt situ..rugi aku keluar..
nak kekal sampai form 3..
*bak kata cikgu Diana..
tapi aku nak kekalkan sampai form 4..
insyaallah jika  aku masih kekal di sekolah tu..

p/s:aku harap..SJ dengan KH aku A
Amin !!!!!