Thursday 5 June 2014

Penghijrahan Fasa Kedua

Assalamualaikum

Ya , kini penghijrahan aku telah pun masuk fasa kedua . Di mana ini adalah tahun terakhir aku bersekolah . Tahun ini aku akan menghadapi imtihan yang besar . Semoga aku mendapat jayyid. Amin

Fasa pertama berkenalan dengan rakan - rakan baru . Berada di kelas pertama . Tinggal di asrama . Alami kejutan budaya .

Fasa kedua berada di kelas kedua . Hadapi imtihan . Berubah personaliti . Bangkit .

Ditimpa pelbagai fitnah . Dituduh sebagai pencuri hanya kerana dalam loker mempunyai banyak duit . Dilabelkan sebagai baruah . Dijadikan kuli . Dibukakan aib . Ya Allah .

Mesti ramai yang impikan tahun terakhir merupakan kenangan yang paling indah . Itu semua bagaikan mimpi bagi aku . Mustahil . Dipandang hina . Tak mengapa . Kini aku hanya sujud kepadaNya meminta ditabahkan hati . Aku hanya bermastautin di tempat kamu hanya untuk menuntut ilmu dunia dan akhirat . Doakan aku

Man ana ?
Ana seorang musafir yang hanya singgah di tempat kalian untuk menjalankan tugas.


No comments: